fbpx

Zul Ariffin Manja Baring Atas Peha Ruhainies, Netizen Tegur Jaga Batas

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila pelakon Ruhainies berkongsikan video menampilkan aktor sensasi, Zul Ariffin sebagai pasangan seperti berada dalam majlis perkahwinan.

Bagaimanapun, video tersebut hanya hanyalah gimik untum mempromosikan satu produk. Namun, selepas seminggu berlalu, seorang pengguna TikTok ada memuat naik video disebalik tabir pembikinan video itu.

BACA: Bukan Kahwin, Video Zul Ariffin Kejar Ruhainies Hanya Gimik

Apa yang menjadi perhatian, video tersebut memaparkan aksi ‘romantis’ Zul bersama Ruhainies dimana aktor itu dilihat baring di atas peha aktres berkenaan sambil melelapkan mata.

Menerusi video itu, Ruhainies dilihat tersenyum sebelum menepuk manja lengan aktor terbabit seolah-olah membiarkan lelaki itu agar dapat tidur lena.

@fyzalbabjan

Love @ruhainies777 ?

? original sound – Wonder sujana

Seperti sudah dijangka, video itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang mengkritik tindakan kedua pelakon itu yang seolah tidak menjaga batas pergaulan.

Tidak kurang juga, netizen berteka-teki sama ada mereka sudah mendirikan rumah tangga ataupun tidak kerana dilihat sangat selesa antara satu sama lain.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai kontroversi Zul Ariffin yang memuat naik sedutan babak panas bersama pelakon baru Siti Hariesa sehingga dikecam teruk netizen.