Bukan Kahwin, Video Zul Ariffin Kejar Ruhainies Hanya Gimik
Baru-baru ini perkongsian video oleh Ruhainies menjadi bualan ramai memaparkan aktres itu memakai inai di jari dan berlari gembira dikejar oleh jejaka misteri dari belakang.
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen apabila timbul dakwaan jejaka dalam video itu dikatakan mirip pelakon kontroversi, Zul Ariffin.
BACA: Ruhainies Harap Orang Ramai Maafkan Zul Ariffin
Bagaimanapun memetik mStar, segalanya terjawab apabila lelaki dalam video itu sememangnya pelakon Zul Ariffin, namun ia hanyalah gimik untuk mempromosikan produk dan bukan majlis kahwin seperti yang disangka netizen.
View this post on Instagram
“Ya jejaka misteri dalam video yang dimuat naik di Instagram kelmarin ialah Zul Ariffin. Sebenarnya masa saya muat naik video itu, ramai yang sudah meneka dia.
“Tapi dakwaan yang mengatakan kami sudah berkahwin atau bertunang adalah tidak benar. Saya dan Zul hanya berkawan baik dan dia antara kenalan selebriti yang saya rapat.
“Selepas video ini tular saya baru sedar yang sebenarnya ramai nak tengok saya naik pelamin. Alangkah seronok kalau hari ini adalah hari bahagia itu. Apapun saya serah soal jodoh kepada takdir. Kalau jodoh sampai awal, cepatlah saya kahwin,” katanya.
Dalam pada itu, Ruhainies turut memohon maaf jika perkongsiannya itu menggores hati ramai pihak. Ujanrya, dia juga tidak pernah memaklumkan dia ingin berkahwin atau bertunang.
“Janganlah rasa tertipu sebab saya tidak pernah beritahu yang saya nak berkahwin atau bertunang. Video yang dimuat naik itu pun saya tak terangkan apa-apa, sebaliknya hanya mengambil konsep Bollywood.
“Saya pilih Zul kerana pada mata saya dia adalah hero yang paling tepat. Tak lengkap sesebuah jalan cerita tanpa hero. Ibaratnya kalau sudah ada Anjali, kenalah ada Rahul,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tak habis habis gimik sampah.
Anjalii acikkk nko!! K.. Baii
yg perempuan belum laku lagi. Yg lelaki tu mmg terlajak tak laku.
Ya allah ngantok nya dedua ekor inehhhh
Taik juboooo
Ni yg pelawak tu kata ujian?
Ha ha… sampah sarap. Phuik!
Gila
Pigang tangan, sentuh dahi. Ini semua Haram
patutlahhh….
ruhainies backup si zul ni rpenye ade udang disebalik mee rpenye…sbb si zul ni nme dia tgh jatuh menjunam sbb kes x senonoh dia tu..pastu dh teramik jd hero produk dia…so cpt2 dia promote… x giteww… aku rse kakak dia lg bgus..jual produk xde marketing sampah…