fbpx

Zul Ariffin Lawat Kota Al Ula, Netizen Luah Rasa Kecewa

Baru-baru ini perkongsian pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin menjadi perhatian  apabila memuat naik video merakam suasana ketika melawat Al Ula, Arab Saudi.

Memetik Hib Glam, perkongsian aktor itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ada yang meluahkan kekecewaan kerana kawasan tersebut dilarang dikunjungi umat Islam.

BACA: Zul Ariffin Tolak Berlakon Watak Berpelukan, Adegan Seksi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Sementara itu, ada yang mempersoalkan sama ada egensi pelancongan tidak atau jemaah yang lain tidak memberikan nasihat sebelum ke sana. Malah, ada yang mengatakan mungkin Zul juga tidak tahu mengenai tempat tesebut tidak boleh dilawati.

@zulariffin_official

Visiting the Old Town of Al Ula #SaudiArabia #AlUla #Alhamdullilah #fyp #12thcentury ???????

? Habibi (Albanian Remix) – Ricky Rich & Dardan

“Makin dilarang pergi ke Kota Al Ula, makin ramai yang pergi.”

“Zul, kenapa dalam banyak-banyak tempat awak harus memilih Al Ula sebagai tempat percutian,” luah peminat.

“Sekarang, yang jadi agensi pelancongan dia (Zul)atau jemaah lain tidak menasihati diakah?” tanya netizen.

Untuk makluman, Nabi Muhammad pernah mengelak dari melalui kawasan ini kerana ia merupakan kota dilaknat serta tempat Allah SWT menurun azab untuk kaum Nabi Saleh.

Bagaimanapun, selepas beribu tahun sepi, kerajaan Saudi membuka kota itu sebagai kawasan pelancongan sekaligus mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.