fbpx

Zul Ariffin Kembali Aktif Di IG Selepas Kontroversi Video Panas

Selepas terpalit video panas mirip dirinya dan hampir sebulan menyahaktifkan akaun Instagram, nampaknya Zul Ariffin menyambut kedatangan tahun baru dengan membuka semula akaun media sosialnya itu.

Menerusi posting terbaru itu, Zul berkongsikan sekeping fotonya yang disolek bagi projek filem terbaharunya berjudul Tablis Iblis beserta kapsyen, “2020 already, Hi guys.”

BACA: Zul Ariffin Perjelas Isu Video Lucah, Jadi Mangsa Deepfake

Kemunculan semula Zul di Instagram ternyata disambut baik oleh para peminatnya yang meluahkan rasa rindu untuk mengetahui tentang perkembangan terkini pelakon itu.

Terdahulu, nama Zul hangat diperkatakan apabila tular satu rakaman video berdurasi 45 saat memaparkan seorang lelaki didakwa mirip dirinya berada dalam keadaan berbaring sambil merokok sebelum menunjukkan alat sulitnya.

Zul kemudian tampil menjelaskan kontroversi tersebut dengan mengatakan bahawa dia menjadi mangsa deepfake.