Bukan pertama kali nampaknya pelakon Zul Ariffin dikaitkan dengan pelakon Singapura, Elfaeza Ul Haq dan kali ini kemesraan mereka ketika majlis Anugerah Bintang Popular BH 2014 baru baru ini menjadi punca terbaru mengatakan mereka menjalin hubungan cinta secara rahsia.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Zul Ariffin sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya gossip mengatakan beliau mempunyai kekasih lain selain Gayatri Su-Lin Pillai.


“Saya dah banyak kali cakap kekasih saya hanya Gayatri dan satu Malaysia sudah tahu benda itu. Yang mereka hendak tambah lagi kekasih saya kenapa?” ujarnya.

BACA: Aksi Mesra Zul Ariffin Dan Gayatri Bercuti Sama Di Bali

Laporan turut menyebut yang ada sumber menyampaikan Zul Ariffin dan Elfaeza Ul Haq sering keluar makan bersama di Damansara Perdana sehingga lewat malam. Gosip mengatakan mereka berdua menjalinkan hubungan cinta sudah bermula sejak Jun tahun lalu.

“Saya hairan orang masih bercakap begitu? Padahal tidak ada pun kami lepak (berdua). Kenapa suka-suka main tuduh, agak agaklah sebab mengarut saja. Kalau orang nak kupas benda macam itu dan kalau ada benda nak sorok, takkanlah saya nak buat depan orang ramai?” tambahnya.


Zul Ariffin & Gayatri Su-Lin Pillai telah menjalinkan hubungan serius sejak Mei 2012. (rtky/m)