fbpx

Zul Ariffin Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri

Pasti ramai tahu pelakon berbadan sasa Zul Ariffin masih lagi menjalin hubungan baik dengan bekas kekasihnya, penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai.

Baru-baru ini, Zul membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada teman baiknya itu. Perkara itu dikongsikan oleh Gayatri menerusi Instagram miliknya.

BACA: Zul Ariffin Manja Baring Atas Peha Ruhainies, Netizen Tegur Jaga Batas

Gayatri turut memuat naik video memaparkan kereta mewah berwarna hitam yang dihadiahkan kepadanya serta memberitahu dia kehilangan kata-kata menerima hadiah tersebut.

“Hari ini saya menerima hadiah yang tidak pernah saya terima sepanjang hidup saya. Saya kehilangan kata-kata. Sepanjang hidup tidak pernah terbayang saya akan menerima hadiah semanis dan hebat seperti ini. Terima kasih Zul Ariffin dari lubuk hati saya,” tulisnya.

Perkongsian Gayatri itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta meninggalkan emoji hati.

Terdahulu, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta ketika aktor berkenaan terbabit dalam filem Bikers Kental pada 2013

Bagaimanapun, hubungan mereka hanya bertahan tiga tahun namun sehingga kini masih digosipkan cinta lama mereka bertaut kembali.