fbpx

Zul Ariffin Bersyukur Sehingga Kini Masih Bujang

Tidak suka dikongkong dalam sesebuah perhubungan, pelakon berbadan sasa Zul Ariffin mengatakan dia memerlukan seorang wanita dan isteri yang memahami tentang sikapnya yang sangat mementingkan kerja.

Meluahkan rasa yukur sehingga kini masih membujang, Zul berkata sebagai pelakon adalah wajar baginya untuk lebih mengutamakan kerja kerana peluang tidak datang selalu dan bidang lakonan pula amat diminati.

BACA: Zul Ariffin Tangguh Kahwin, Syukur Teman Wanita Memahami

“Saya sebenarnya bersyukur hingga kini belum berkahwin dan tiada masalah hidup bujang kerana fokus masih boleh ditumpukan sepenuhnya pada berkerja. Apatah lagi, saya sangat sukakan kerja.

“Ditambah dengan situasi sekarang ini, apabila negara masih dilanda penularan wabak Covid-19 dan kita semua pernah melalui pengalaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama tiga bulan mulai Mac lalu.

“Walaupun saya okay saja duduk di runah kerana tidak boleh keluar bekerja sepanjang PKP itu, namun apabila terlalu lama sebenarnya sangat menguji ketahanan diri. Tapi, syukur Alhamdulillah saya dapat melaluinya dengan baik,” katanya.

Berkongsikan dia sentiasa mengikuti perkembangan semasa sepanjang PKP itu, Zul akui terkejut apabila mendapat tahu banyak rumah tangga berdepan masalah di sebalik pandemik berkenaan.

Sebelum ini, Zul memaklumkan dia terpaksa menunda perancangan perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada tahun ini. Malah, dia turut meluahkan rasa syukur bakal isterinya memahami untuk menunda perkahwinan.

Sehingga kini  masih berahsia mengenai identiti sebenar kekasihnya itu, sebelum ini Zul memberi gambaran wanita tebabit bukan dikalangan selebriti dan tidak beragama Islam.