fbpx

Zul Ariffin Berikan Penjelasan Dakwaan Marah Peminat

Bukan kali pertama sebenarnya Zul Ariffin didakwa sebagai sombong dalam soal melayan peminat sebelum ini pun ada dakwaan yang mengatakan beliau enggan mengambil gambar bersama ketika ditemui peminat dengan alasan mahu menjaga privasi keluarga.

Kali ini, timbul pula dakwaan mengatakan Zul Ariffin meninggi suara & memarahi seorang peminat yang mengajak beliau bergambar bersama baru baru ini.

BACA: Zul Ariffin Tidak Kisah Dimaki Peminat Demi Menjaga Privasi

“Saya tidak marah dia (peminat), saya cuma bercakap dalam nada tegas kerana ketika itu adalah waktu saya bersama dengan keluarga.Saya faham dia mahu bergambar dengan saya, jadi saya cuma memintanya untuk bersabar sebentar”

“Tambahan pula, ketika itu, saya mahu menyimpan beg ibu saya sebelum kembali bergambar dengan peminat terbabit,” jelas Zul Ariffin kepada Sinar Harian hari ini.

Pelakon ini turut menambah yang ada segelintir peminat yang tidak sabar bergambar sehingga ada yang mengajak beliau selfie di dalam tandas dan menyifatkan perbuatan seperti itu tidak wajar dan tidak kena pada tempat.

“Nak berselfie pun kenalah tempat dan masanya juga. Ada yang minta nak berselfie semasa saya sedang membuang air kecil? Nak selfie apa dalam tandas? Itu nak selfie atau nak rakam gambar apa?,” tambahnya lagi tentang isu ini.

Zul Ariffin berkata dirinya menghargai sokongan peminat hasil kerja lakonan beliau namun meminta supaya perkara seperti ini tidak diperbesarkan. (rtky/m)