fbpx

Zul Ariffin Kahwin Hujung Tahun, Rahsiakan Bakal Isteri

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin mengesahkan khabar angin mengatakan dia bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Memetik Kosmo, Zul memberitahu dia nekad untuk menamatkan zaman bujang akhir tahun ini dan tiada sebab untuk tangguhkan perkara baik selepas masing-masing sudah sedia mengalas tanggungjawab.

BACA: “Saya Tak Layak Campur Urusan Ruhainies” 

“Memang dari tahun lepas lagi ada perancangan itu. Rasanya saya pun lama berlakon dan sudah sampai waktu untuk jadi suami orang pula, insya-Allah.

“Saya tidak mahu cakap kosong saja, tapi cuba realisasikan tahun ini sebab kalau boleh tak mahu lagi tangguh lama-lama,” katanya.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai wanita berjaya menambat hatinya, Zul berkata dia memilih untuk merahsiakan terlebih dahulu dan akan berkongsikan identiti wanita tersebut apabila sudah tiba masanya.

“Tak boleh nak kongsikan siapa dia, macam keterlaluan pula kalau perkenalkan sekarang,” katanya.

SUMBER: Kosmo