fbpx

“Saya Tak Layak Campur Urusan Ruhainies” 

Pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin berkata dia lebih selesa tidak masuk campur urusan peribadi aktres, Ruhainies yang berdepan kontroversi ditangkap khalwat dengan penyanyi, Aliff Aziz.

Memetik Kosmo, Zul berkata dia bukanlah individu yang layak untuk memberikan pendapat mengenai perkara tersebut serta tidak mahu tergolong dalam kalangan mereka yang membuang pahala puasa.

BACA: Zul Ariffin Lawat Kota Al Ula, Netizen Luah Rasa Kecewa

“Biarlah Ruhainies selesaikan hal itu secara aman. Sebagai orang luar saya tidak layak berkata apa-apa. Saya cuma tahu apa yang dilaporkan media sahaja.

“Saya enggan letakkan diri dalam kelompok mereka yang rugi atau membuang pahala puasa sebab ramai sangat yang suka cakap bukan-bukan.

“Lebih baik saya asingkan diri, jangan campur tangan dan lihat dari jauh. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan hal itu,” katanya.

Sementara itu, Zul berkata dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat Ruhainies serta mengatakan apa yang dilalui oleh temannya itu ada hikmah disebaliknya.

“Benda tersebut bukannya perkara yang seronok, jadi saya cuma mampu doakan yang terbaik kepadanya. Kalau pasal kerja saya memang boleh bagi komen, tapi ini hal peribadi, jadi saya takut, lebih baik saya jaga lidah,” katanya.

SUMBER: Kosmo