fbpx

Zul Ariffin Bercinta Dengan Gadis Ukraine?

Jika sebelum ini pelakon Zul Ariffin pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon wajah Pan Asian, Zahirah Macwilson, baru-baru ini timbul pula desas-desus mengatakan Zul kini bersama dengan seorang gadis yang berasal dari Ukraine.

Menerusi perkongsian di sebuah laman Cari forum, gadis tersebut kini dikhabarkan berada di Phuket dan Zul juga dilihat kerap berulang ke negara itu untuk menjalani latihan martial arts.

BACA: Gayatri Tak Tolak Jodoh Dengan Zul Ariffin

Menerusi Instagram, gadis itu ada memuat naik Insta Story menunjukkan tatoo nama Zul di jarinya. Zul juga turut dilihat meninggalkan komen di salah satu gambar gadis tersebut dan memuat naik Insta Story menunjukkan mereka berada di lokasi yang sama dengan pose yang sama.

Berita itu ternyata mengejutkan ramai pihak terutama peminat Zul yang dikatakan kecewa sehingga mahu memboikot pelakon itu. Tidak kurang juga ada yang mengatakan wajah gadis tersebut mirip Zahirah.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dari Zul sendiri tentang kesahihan cerita tersebut. Apa pun, tiada salahnya untuk Zul menjalin hubungan cinta dengan sesiapa pun dan peminat pula jangan terlalu berharap untuk idola mereka ini dijodohkan dengan pilihan mereka.