fbpx

Gayatri Tak Tolak Jodoh Dengan Zul Ariffin

Baru saja berakhir hubungan cinta Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson, Gayatri mengakui hubungannya dengan Zul kembali bertaut. Selain mengakui ada mengunjungi keluarga Zul pada Aidilfitri lalu.

BACA: Foto Separuh Bogel Zul Ariffin Jadi Bualan Lucah

“Dari dahulu lagi saya tidak pernah untuk komen mengenai perkara ini dan saya biarkan apa juga telahan yang ingin orang katakan. Apa yang boleh saya katakan kami memang baik malah saya selesa berkawan dengan Zul”

Jika berbalik kepada kisah dulu, Gayatri dan Zul sememangnya pernah menjalin hubungan cinta pada 2012 namun berakhir tiga tahun kemudian. Seterusnya Zul bercinta pula dengan Zahirah yang kini baru saja berpisah.

Bagaimanapun Gayatri tidak menolak andai ada jodoh diantara mereka kerana keakraban mereka sejak dari dulu lagi. Tambah Gayatri lagi, beliau juga sangat selesa berkawan dengan Zul, sepertimana mereka sering bekerja bersama.

“Kami memang baik dan jujurnya saya selesa dan memahami dia sebagai seorang sahabat. Soal jodoh itu semua di tangan Tuhan,” jelasnya kepada m Star Online mengenai hubungan mereka yang kembali rapat. (rtky/w)