Zul Ariffin Akui Ke Kelab Hiburan, Gadis Seksi Hanya Peminat
Awal bulan ini, timbul khabar angin mengatakan pelakon yang semakin popular menerusi drama Rindu Awak 200% ini berhibur sehingga mabuk selain sekeping gambar beliau bersama seorang gadis seksi berpelukan tersebar di internet.
BACA: Zul Arffin Didakwa Bersosial Sehingga Mabuk, Berpelukan Dengan Gadis Seksi
Membuka mulut akhirnya kepada mStar Online hari ini, Zul Ariffin mengakui yang beliau ada hadir ke sebuah kelab hiburan untuk menikmati persembahan live band sebelum beliau disapa oleh seorang peminat wanita yang mahu bergambar.
“Ketika kejadian saya sedang menonton persembahan live band di sebuah kelab dan disapa oleh wanita berkenaan untuk mengambil gambar dan saya sekadar memenuhi permintaannya. Selepas gambar itu tersebar saya sedar ia satu kesilapan besar kerana cara itu agak berlebihan sehingga menimbulkan salah faham di kalangan peminat,” jelas Zul Ariffin.
Pelakon ini turut menambah yang beliau tidak menyalahkan wanita itu selepas gambar tersebut mula tersebar namun kesal dengan ada pihak yang cuba memutarkan cerita sebenar disebalik gambar tersebut dan akan lebih berhati hati selepas ini.
“Serba salah untuk menolak permintaan peminat untuk bergambar atau menegur cara mereka kerana bimbang mereka berkecil hati. Namun kejadian itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati-hati apabila bergambar dengan peminat wanita selepas ini,” tambahnya.
Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana. (rtky/m)
amek gmbr dengan peminat mmg kena pelok2 eh???
Mesra betul dengan peminat…sampai bergmbar pon nak berpeluk
“Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.”
bapak ramainye pengacara! mesti huru hara!
Sudahla dah namanya manusia tak lepas dari mmbuat silap & dosa mcm kita2 ni… Atleast dia mengaku tak putar belit…maybe dia sedar kesilapan lagipun dia bukan laki org…pompuan tu pun rela dipeluk…takde kes paksa pe…
sesungguhnya kebenaran itu sangat pahit…at least dia terus terang walaupun terang2 boleh membuatkan imejnya tercalar…
“Dalam perkembangan lain, Zul Ariffin telah terpilih sebagai salah seorang pengacara Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) disamping Fahrin Ahmad, Amyra Rosli, Nabila Huda, Shukri Yahya, Tasha Shilla, Fiza Sabjahan dan Fara Fauzana.”
bapak ramainye pengacara! mesti huru hara!
Sume org penah buat silap..hanya kerana dia ni artis kita plak yg nk hukum dia..tp utk zul,take it as a lesson..ambik gmbr n pminat x slh..tp jgn lyn sgt klu permintaan pminat 2 mlmpau sgt..
Tk kan kena pose peluk kut zul oii hang yg syok Nak peluk awek seksi tu….bagi alasan permintaan peminat puiiih..
Dah kantoi ckpla camtu nk Cover…baru je satu drama dah berlagak diva artis lain pon syg peminat depa jugak….