Bakal menamatkan zaman bujang pada tahun depan, Zul Ariffin memberitahu dengan umurnya yang semakin meningkat beliau hanya mahu menghalalkan hubungannya dengan gadis itu dan hanya bercinta selepas bernikah sahaja.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
BACA: Nikah Tahun Depan, Zul Ariffin Pilih Wanita Non-Muslim
“Harapnya saya dapat kongsikan kepada anda semua yang saya bakal berkahwin pada tahun hadapan. Umur saya semakin meningkat dan saya semakin matang, saya hanya mahu membuatkan sesuatu hubungan itu halal dan terus berkahwin”
“Bercinta selepas bernikah, itulah yang sepatutnya terjadi. Saya percaya mengenai perkara itu. Saya dah melalui banyak perkara dan beberapa hubungan. Saya tak menyesal, tiada apa yang mahu disesalkan. Saya gembira”
Kongsi Zul lagi, persiapan perkahwinan masih sedang dilakukan dan kini hampir siap. Bagaimanapun sehingga kini, identiti wanita bertuah itu masih tidak didedahkan oleh Zul dan hanya memberitahu wanita itu non Muslim.
“Pengalaman yang lalu membentuk saya. Saya hanya mahu berkahwin sahaja. Saya mahu jadi terbaik, mahu berkahwin, harapnya tahun hadapan. Perancangan ke arah itu sudah melebihi 70 peratus,” jelasnya kepada Sinar Harian.
Namun netizen mula membuat spekulasi mengenai identiti wanita itu yang dipercayai wanita Ukraine, Tanya Glembotska yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini selepas gambar mereka berdua bercuti viral. (rtky/w)