fbpx

Nikah Tahun Depan, Zul Ariffin Pilih Wanita Non-Muslim

Pelakon Zul Ariffin memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujang tahun depan dengan gadis pilihan hatinya. Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai tarikh sesuai untuk majlis pernikahannya dan akan diumumkan kelak.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

BACA: ‘Isteri’ Zul Ariffin Luah Rasa Kecewa Terhadap Orang Islam

“Saya merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 memandangkan tahun itu agak cantik untuk mendirikan rumah tangga.

“Tapi masih belum ada lagi tarikh atau bulan yang sebenar kerana semuanya masih dalam perancangan, kalau jadi kahwin saya akan jemput. Tiada sebarang sidang media.

“Sekarang ini saya dah malas nak bercinta, kalau okay kita terus kahwin, tunggu sahaja apabila tiba waktunya,” katanya kepada mStar Online.

Enggan mendedahkan identiti wanita tersebut, Zul memberitahu bakal isterinya merupakan seorang wanita bukan muslim dan perlu melalui beberapa proses sebelum berkahwin.

“Niat nak kahwin ni benda baik dan tak salah beritahu, cumanya selagi belum pasti kita tak nak heboh-heboh.Sebabnya ia ada berkaitan agama, wanit itu bukan Muslim dan saya tak mahu orang kata wanita itu peluk Islam hanya kerana nak kahwin.

“Dalam hal ini memperlukan sedikit masa dan biarlah dia memeluk Islam seikhlas hati dan kita bantu apa yang perlu,” katanya.

Terdahulu, Zul pernah digosipkan menjalin hubungan cinta dengan wanita Ukraine. Namun, Zul menafikan perkara tersebut dan menjelaskan mereka hanya berkawan sahaja.