fbpx

Zul Ariffin Akui Tak Perlu Pegang-Pegang Untuk Hayati Watak

Pertama kali bergandingan dengan pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad menerusi drama Love Elsa, pelakon Zul Ariffin mengakui tidak perlu bersentuhan dengan pelakon wanita untuk mendapatkan keserasian.

Malah, Zul berkata dia menghormati prinsip serta pendirian setiap pelakon yang bekerjasama dengannya dalam mana-mana drama.

BACA: Zul Ariffin Tukar Warna Rambut Karat Macam K-Pop, Ramai Wanita Tergoda

“Sebagai pelakon saya kena terima situasi sebegini. Lain orang lain cara. Sebagai contoh, ada boleh bergurau dengan cara ini, cara itu dan sebagainya.

“Bagi saya dalam lakonan ini lebih kepada hormat. Kalau tak perlu bersentuhan, tak perlu buat. Ada juga yang bertudung boleh buat adegan sebegini. Kalau dalam filem saya lebih banyak watak aksi, jadi tidak sama seperti drama,” katanya.

Dalam pada itu, Zul berkata pengarah drama tersebut, Michael Ang tidak pernah memaksa pelakon untuk menjayakan sesuatu babak sebaliknya memberi keselesaan kepada pelakon.

“Dalam drama perlukan tindak balas, itu penting. Selebihnya bergantung kepada pengarah. Michael tak pernah paksa pelakon. Jadi, pelakon akan memberikan kerjasama baik dan semuanya akan okay,” katanya.