fbpx

Zul Ariffin Tukar Warna Rambut Karat Macam K-Pop, Ramai Wanita Tergoda

Susulan pelaksanaan total lockdown yang diumumkan oleh kerajaan, segala aktiviti seni dan penggambaran juga terpaksa dihentikan. Nampaknya, penangan lockdown membuatkan pelakon Zul Ariffin tampil dengan imej baru.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram , Zul dilihat memuat naik gambarnya dengan rambut baru dengan warna perang. Melihatkan penampilannya itu, peminat mengatakan Zul seperti artis Korea.

BACA: Zul Ariffin Tayang Tubuh Sasa Main Air, Ramai Wanita Tak Kuat Iman

Diruangan komen, rata-rata netizen terutamanya di kalangan peminat wanita teruja dengan penampilan terbarunya itu serta memuji Zul lebih kacak.

Dalam satu lagi perkongsian, Zul memuat naik perkongsiannya sedang bermain permainan video. Ujarnya, ada hikmah di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana dia sadar bahawa tiada bakat untuk bermain game.

Bagaimanapun, Zul tidak memberitahu sebab warnakan rambut perang. Mungkin Zul terlibat dengan projek terbaru yang memerlukannya untuk mengubah warna rambut.