fbpx

Zizie Izette Umum Ambil Anak Angkat Lagi

Nampaknya, bertambah besar keluarga Datin Seri Zizie Ezette selepas ini. Selepas membesarkan dua anak angkat beberapa tahun lalu, Zizie mengumumkan bakal mengambil seorang lagi anak angkat tahun depan.

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagramnya dimana Zizie berkata dia dalam proses menguruskan pengambilan tersebut di Pejabat Kebajikan Masyarakat Gombak.

BACA: Zizie Ezette Tak Nak Jadi Ahli Politik, Tak Berbakat Macam Suami

Zizie berkata dia sudah lama berhasrat untuk mengambil anak angkat lagi namun tergendala kerana dua kali menimang cahaya mata. Dalam pada itu, Zizie berkata dia melalui prosedur pengambilan anak angkat sama seperti orang lain.

“Baru lah ada kelapangan. Sebelum ni mommy sorang ni sibuk mengandung dan beranak je 3 tahun berturut-turut. Tahun ni baru dapat relax sikit. Insya-Allah tahun depan ada lagi sorang. Eh!.

“Kepada yang bertanya, saya guna prosedur yang sama mcm orang lain dan betul mengikut undang-undang. Kena beratur, ambik nombor, tunggu giliran. Isi borang. Semuanya. Tiada keistimewaan atau guna cable,” tulisnya.

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Disember 2009. Mereka dikurniakan kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, 2, serta anak perempuan, Aalisa Belle Izette.

Pasangan itu turut mempunyai dua anak angkat iaitu Nayla Nurjenna, 4 dan Aaric Zayn Izette, 2.