fbpx

Zizie Ezette Tak Nak Jadi Ahli Politik, Tak Berbakat Macam Suami

Meskipun suaminya seorang ahli politik, Datin Seri Zizie Ezette berkata beliau tidak pernah ada keinginan mahupun berhasrat untuk menceburi dunia tersebut.

Zizie berkata beliau sedar dengan kebolehan sendiri dan mengakui tidak mempunyai bakat untuk menjadi ahli politik kerana tidak pandai berucap dikhalayak ramai seperti suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin. 

BACA: Zizie Izette Tunjuk Bukti Beli Baju Anak RM10 Di Pasar Raya

“Saya tak pandai berucap dan seorang yang gugup. Terus-terang, saya takut bercakap atau berucap depan orang ramai. Kalau saya beri ucapan ringkas dalam majlis yang dihadiri pun, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaannya ketika itu.

“Saya sedar kebolehan diri. Malah, saya akur tidak memiliki bakat boleh berucap macam suami,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Zizie lagi, beliau sangat mengagumi dengan suaminya yang masih lagi boleh berehat dalam kereta sebelum berucap dan dia tidak mempunyai kebolehan seperti suaminya.

“Suami saya kalau sebelum nak berucap pun, beliau masih boleh berehat dahulu dalam kereta. Apabila sampai di majlis yang dihadiri, beliau tetap boleh berucap dengan penuh semangat. Saya tak ada kebolehan dan bakat itu,” katanya.

Dalam pada itu, Zizie berkata beliau tiada masalah untuk melakonkan watak sebagai ahli politik kerana skrip disediakan dan ia hanya tuntutan kerja semata-mata.

“Kalau berlakon, saya tak apa, ada skrip. Apatah lagi, ia sekadar tuntutan watak saja dan bukan diri sendiri. Dalam lakonan, saya faham kena jadi orang lain. Itu tak apa kerana bagi merealisasikan watak semata-mata.

“Untuk realiti pula, saya memang tidak ada keinginan terbabit dalam politik atau nak jadi ahli politik,” katanya.

Zizie bernikah dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah, Bung Moktar pada 2009. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga anak iaitu kembar Aadam Zac Izette, 3 dan Aaleph Zeke Izette, 3, serta Aalisa Belle Izete, berusia setahun