fbpx

Zizie Izette Tepis Dakwaan Anak Lebih Rapat Dengan Pengasuh

Biarpun mempunyai lima pengasuh buat lima orang anaknya, Zizie Izette menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan anak-anaknya lebih rapat dengan pengasuh kerana kebanyakkan kerja dibuat oleh pengasuh.

BACA: Zizie Izette Upah Lima Pengasuh Jaga Semua Anak

“Alhamdulillah anak-anak paling rapat dengan saya walaupun ada yang berpendapat bila ada pengasuh, mereka lebih rapat dengan pengasuh dan akan ingat pengasuh ibu mereka. Silap sama sekali andaian mereka itu pada saya”

“Mungkin bukan kerja saya mencuci pakaian anak-anak, merapikan tempat tidur mereka dan membersihkan rumah. Sebagai ibu saya mempunyai tanggungjawab lebih besar mendidik dan melihat perkembangan anak-anak depan mata saya”

“Bukan seperti ada yang fikir, hanya beranak tapi lain-lain maid yang buat, jauh sama sekali,” jelasnya kepada m Star Online mengenai dakwaan anak-anaknya lebih rapat dengan pengasuh berbanding dirinya.

Isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar, berkata mempunyai pembantu rumah yang ramai bukanlah alasan untuk anak-anak tidak mempunyai hubungan rapat dengan ibu mereka. (rtky/w)