Baru-baru ini, pelakon Datin Seri Zizie Ezette ada memuat naik sekeping fotonya bersama lima pembantu rumah yang menjaga lima anak-anaknya di Instagram miliknya.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Bagaimapun, ada segelintir netizen menyifatkan tindakan Zizie itu dikatakan riak dan seolah mahu menunjuk. Bagaimanapun, Zizie menjelaskan beliau sekadar berkongsikan kehidupannya kpeada peminat.
BACA: Zizie Izette Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta
“Saya bukannya mahu menunjuk atau riak, sebaliknya foto ini bertujuan berkongsi kehidupan bersama pengikut.
“Saya rasa tiada isu di sini kerana pengikut IG atau peminat sudah mengenali atau mengetahui kehidupan saya. Apabila membaca ruangan komen di IG, saya dapati ramai yang memberi sokongan.
“Ada dalam kalangan pengikut berharap mereka meraih rezeki yang sama seperti mana saya dikurniakan. Saya tidak ketinggalan mendoakan dan berharap rezeki mereka dimurahkan oleh Allah SWT,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Zizie menjelaskan jika foto disimpan di dalam telefon bimbit ianya mungkin akan hilang dan disebabkan itu beliau memuat naik fotonya bersama anak-anak di media sosial kerana ia akan kekal disitu.