fbpx

Zizie Ezette Umum Bakal Timang Cahaya Mata Perempuan

Hampir setahun menimang sepasang cahaya mata kembar lelaki, pelakon Zizie Ezette yang kini hamil tujuh bulan mengumumkan bakal melahirkan seorang bayi perempuan tidak lama lagi.

Menerusi Instagram, Zizie memberitahu beliau dijangka melahirkan cahaya mata perempuan tersebut pada Mac depan. “Jumpa awak Mac nanti bidadari kecilku,” tulisnya.

BACA: 9 Bulan Lepas Lahir Anak Kembar, Zizie Ezette Umum Hamil Lagi

Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan tumpang gembira dengan pengumuman tersebut. Ramai yang mendoakan agar dipermudahkan urusan untuk melahirkan dan semoga bayi berada dalam keadaan sihat.

Zizie dan Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan mendirikan rumah tangga pada tahun 2009. Pasangan ini juga turut mempunyai dua lagi anak angkat iaitu Nayla Nurjenna dan Aaric Zayn Izette.