fbpx

Zizie Ezette, Bung Moktar Sambut Kelahiran Kembar

Zizie Ezette pada Jumaat lalu telah selamat melahirkan bayi kembar lelaki kira-kira 5.48 dan 5.50 pagi Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Pelakon berusia 39 tahun itu melahirkan bayi kembar berkenaan secara pembedahan dengan berat masing-masing 2.74 dan 2.78 kilogram.

Dalam kemaskini menerusi Instagram, Zizie Ezette mendedahkan yang kembar barunya lahir sehari sebelum ulangtahun kelahiran beliau.

“Ibu hari jadi dengan dua hadiah hari lahir berharga. Hadiah hari lahir awal!”

“Mommy jangka mereka akan lahir pada hari ini tapi mereka hadir dengan kejutan secara pembedahan semalam, 29 Disember pukul 5.48 pagi dan 5.50 pagi, berat 2.74 (baby boy 1) dan 2.78 (baby boy 2)”

“Alhamdulillah, mereka berdua adalah bayi yang sihat.Terima Kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya,” tulis Zizie Ezette.

Suaminya, Datuk Bung Moktar Radin turut meluahkan rasa bersyukur dengan kelahiran dua orang cahayamata lelaki baru ini.

“Alhamdulillah keluarga ini telah dianugerahkan Allah tambahan dua orang putera. Semoga kehadiran orang baru ini, Insya-Allah pasti membawa kebahagian kepada kami semua,” tulisnya di Instagram. (rtky/m)