fbpx

Zizi Kirana Terkejut Bangun Tidur Nampak Yusuf Bahrin Di Sebelah

Tidak menghebohkan kisah cinta mereka kepada umum, berita mengenai Zizi Kirana melangsungkan pernikahan Ahad lalu bersama pilihan hatinya Yusuf Bahrin ternyata mengejutkan ramai.

Baru tiga hari bergelar isterinya, Zizi mengakui masih malu-malu dan cuba menyesuaikan diri menerima kehadiran Yusuf sebagai suami.

BACA: Tiada Honeymoon, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Mahu Tunai Umrah

“Mula-mula memang terkejut, sebelum tidur ada orang di sebelah… bangun tidur pun ada Yusuf di sebelah. Sampaikan nak solat pun tiba-tiba ada imam!” katanya.

Dalam pada itu, Yusuf berkata dia juga seakan tidak percaya sudah bergelar suami namun seronok apabila berumah tangga.

“Saya rasa terkejut, dapat rasa kemanisan apabila berkahwin. Selalu orang cakap kahwin best, inilah yang seronoknya. Dalam perkahwinan ada ujian, dugaan dan salah faham, tapi kita cuba atasi dengan baik,” katanya.

Ditanya mengenai panggilan manja kepada Zizi, Yusuf berkata dia memanggil isterinya dengan panggilan Nur dan sayang, manakala Zizi memanggil Yusuf dengan panggilan Habibi.

“Banyak, saya selalu panggil dia Nur sebab nama depan dia Nur tapi asalnya saya panggil dia sayang. Tapi masa mula-mula kenal panggil habibti,” katanya.