fbpx

Tiada Honeymoon, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Mahu Tunai Umrah

Tiada angin tiada ribut, berita mengenai pernikahan penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin semalam ternyata mengejutkan ramai peminat.

Mula serisu mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu, pasangan itu mengambil keputusan untuk meneruskan ke fasa seterusnya iaitu alam perkahwinan.

BACA: “Yusuf Terima Seadanya Walaupun Saya Lebih Tua Daripada Dia”

“Pertama kali kenal Yusuf masa program All Together Now Malaysia, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan, sehinggalah selepas raya dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

“Saya selesa berkawan dengan dia dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini. Hujung Ogos kami rancang untuk terus berkahwin. Alhamdulillah keluarga pun restu hubungan kami, jadi tak perlulah nak tunggu lama-lama,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi berkata dia dan suami sedia untuk menimang cahaya mata dalam masa terdekat dan merancang untuk menunaikan umrah selepas sempadan dibuka.

“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup. Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ni saya dah bekerja macam biasa, cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” katanya.