Zizi Kirana Tak Mahu Beg Mahal, Hanya Minta Suami Beli Kuda Arab Hitam
Kebiasaannya kaum wanita mahukan hadiah beg tangan mahal daripada suami, namun berbeza buat penyanyi Zizi Kirana yang mahukan seekor kuda.
Memetik mStar Online, Zizi berkata dia ada memasang impian untuk memiliki seekor kuda serta pernah menyatakan hasratnya itu kepada suami, Yusof Bahrin.
BACA: Tahun Pertama Puasa Sebagai Isteri, Zizi Kirana Risau Kena Masak 10 Hidangan Untuk Suami
“Saya dah cakap dengan Yusof, saya tak nak beg mahal-mahal… saya nak kuda je. Saya tak nak beg ke kasut mahal ke saya nak kuda je… dia cakap insyaAllah dia usahakan, yes!” katanya.
Berkongsikan mengenai jenis kuda yang menjadi pilihannya, Zizi berkata dia mahukan kuda daripada baka berasal dari Arab dan berwarna hitam.
“Kuda Arab la… sebab dia tough, solid lebih kurang macam itu… jadi saya memang pasang impian nak beli kuda Arab insyaAllah warna hitam,” katanya.
Yusof dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September tahun lalu selepas dua bulan berkenalan ketika bersama-sama terlibat dalam program All Together Now Malaysia.
- SUMBER
- mStar Online
Zizi borak apa ni? Kuda arab lagi mahal dari harga beg mewah. Range harga kuda arab bermula USD5 ribu (cuba kali dengan duit Malaysia). Tu pun tak masuk fasiliti kandang dan makanan kuda lagi.
Gila ah dah le mahal pastu kos nk maintain kuda lg baik ko beli keta rekon Ferrari la. Mahal ya amat doh!!!
Kuda kepang mampu laa
Nak murah carik kuda yg dah pencen setakat wt jln petang2 x payah beli yg muda2 pun. Tp maintenance ttp mahal laa sbb kuda ni bkn mcm lembu ke kambing.
5 ribu usd ko beli pelana dapat laa. Baka kuda paling murah pun 30 ke 50 ribu usd laa. Kalau kuda baka arab ni ratus juta rega dia. Nak maintenance kena kluo 30 ke 50 ribu sebulan! Brp ramai jutawan kt Msia ni yg mampu beli keta mewah tp x mampu bela kuda?! Sbb mahal dan susah nak maintain!
Alah nyah bernafsu kuda la pulak? Mintak laki kaw beli kuda2 50sen tu hah, yg masuk duit tungganglah sampai kaw pitam..mcm2 kaw ni laki bukan nyer saudagar kaya mana mintak yg keterlaluan..atau kau suruh jer laki kaw kaki pasang kuda2 gitew pikul kaw satu rumah ah gitew..melayu nak kuda bila naik kejung la amat..
Bitter nyer lah yang komen atas2 ni..dah dia tahu suami dia mampu, dia mintaklah kat suami dia… Engkorang tak mampu, sila duduk diam2. Nampak sangat busuk masing2 hahahahahhaha
X payah baka kuda arab, ko nk beli anak kucing baka Savannah tu pun dah 15 ribu USD tau! Berangan jekk…
aku baca kt forum cari ttg zizi nk kuda arab hitam. keras perut aku ktawa baca komen2 netizen. adoii aii..
Artis melayu lps.pakai tudung trus jd org arab…yg pakai niqab..yg pakai inai..ni pulak nk kuda..kan baik kau mintak unta aje kat laki kau tu hahaha
Ramai sungguh yg pahit dgn pompuan nie. Dia suka kuda arab hitam nak wat camne, dah selera dia jangan lah dengki.