Tahun Pertama Puasa Sebagai Isteri, Zizi Kirana Risau Kena Masak 10 Hidangan Untuk Suami
Tahun ini merupakan pengalaman pertama buat penyanyi Zizi Kirana berpuasa sebagai isteri. Zizi mengakui bimbang tidak dapat sediakan juadah yang terbaik buat suami ketika sahur dan berbuka.
Bagaimanapun, Zizi berkata dia lega tidak perlu memikirkan soal makanan kerana suaminya, Yusuf Bahrin bukanlah seorang yang cerewet.
BACA: Malu Nak Bersanding, Zizi Kirana Hanya Buat Majlis Kesyukuran
“Beberapa minggu sebelum puasa saya sudah mula risau. Adakah perlu sediakan 10 juadah berbuka dan bersahur untuk suami?
“Seminggu sebelum puasa, suami beritahu dia seorang yang simple dan hanya ambil makanan ringan seperti roti ketika bersahur.
“Lega juga rasanya kerana tidak perlu terlalu fikir bab makanan. Tetapi saya akan pastikan sentiasa menjaga makanan suami kerana itu tugas isteri,” katanya.
Dalam pada itu, Zizi berkata dia lebih senang memasak di rumah dan hanya sedikit juadah tambahan untuk berbuka. Ujarnya, dia sudah terbias berbuka di rumah selama dua tahun akibat pandemik serta masih ragu-ragu untuk ke tempat yang sesak.
“Rasanya saya masih ada perasaan paranoid untuk berada di kawasan yang terlalu ramai orang. Mungkin sudah biasa tidak bersesak seperti sebelum ini. Jadi saya lebih selesa di rumah. Keluar hanya jika perlu sahaja,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Eh kata alim benor? 2 org mkn sampai 10 lauk tu bkn buka puasa. Itu mentekedarah namanya. Bulan2 puasa ni mkn sikit jek dah kenyang sbb berkat puasa. Kalau melantak sakan penuh semeja lauk mana nk dtg berkat? Tu membazir namanya
baca la betul2 DUNO… dia kata risau & tertanya2 kena masak byk ke idak tapi rupanya suami dia simple.
Bila manusia sejenis baca tajuk je. Pastu aim nk keji org. Haih
Da brbula kawin masih x tau ke laki tu simple bab makan.minum..macam lak x kenal.laki tu sblm kawin..buat2 mengada2 pulak..10 lauk kepala tu hantu raya je yg blh makan
zizi ne over sejak berlaki!! org lain berlaki juga akak oiiii!!!!