fbpx

Zizi Kirana Sahut Cabaran Bertudung Masa Ramadan

Penyanyi Zizi Kirana semenangya sinonim dengan imejnya yang agak seksi sehinggakan ada yang menyamakannya dengan bintang porno. Namun, sepanjang bulan Ramadan ini, Zizi tampil dengan imej bertudung sempena cabaran #RamadanHijabChallange.

Menyahut cabaran Mizz Nina yang mengajak wanita berhijab sepanjang Ramadan, Zizi berkata dia tertarik dengan cabaran itu kerana ia mampu memberi kesan positif kepada orang ramai.

BACA: Zizi Kirana Dedah Pernah Jadi Ustazah, Ajar Mengaji

“Sebelum ini, banyak kempen dan cabaran yang dibuat di media sosial, sekali gus menarik perhatian ramai warganet terutamanya dari Malaysia untuk turut melakukannya.

“Bila saya nampak Mizz Nina berkongsi mengenai kempen cabaran untuk mengenakan hijab sepanjang Ramadan ini, saya rasa ia satu cabaran yang positif dan sihat untuk semua,” katanya kepada Harian Metro.

Mula berhijab sejak hari pertama Ramadan, bagaimanapun Zizi tidak berkongsikan tentang perkara itu di media sosial.

“Walaupun bukan orang berhijab, saya cuba untuk mengenakan hijab sepanjang Ramadan dan sudah mulakan sejak hari pertama Ramadan kelmarin.

“Di media sosial, bila saya buka tanda pagar #RamadanHijabChallange dan #Hijab30, ramai juga yang menyahut cabaran ini. Tapi saya tak muat naik di media sosial,” katanya.