fbpx

Zizi Kirana Dedah Pernah Jadi Ustazah, Ajar Mengaji

Siapa sangka penyanyi yang terkenal dengan pakaian seksi, Zizi Kirana juga merupakan seorang ustazah suatu ketika dulu. Kongsi Zizi, beliau pernah mengajar kanak-kanak mengaji Al-Quran di kampungnya, Sabah.

BACA: “Lama Lagi Rasanya Untuk Saya Kahwin”

“Selepas memperolehi SPM, saya mengajar budak-budak mengaji di masjid selama lebih tiga tahun. Rumah saya memang betul-betul depan masjid, jadi saya ambil tugas mengajar adik-adik yang baru nak mengaji”

“Sampai sekarang orang kampung memang tahu saya dulu pernah mengajar agama. Selepas mengajar mengaji, bermulalah karier saya sebagai penyanyi nasyid, kumpulan Zaiyan dan akhirnya menjadi penyanyi sekarang”

Biarpun sering dicaci hina mengenai penampilannya yang seksi, Zizi tidak pernah lupa untuk membaca surah Yasin setiap malam Jumaat. Malah jika mengalami masalah tidur juga, Zizi gemar membaca Al-Quran.

“Sampai sekarang saya selalu amalkan baca Yasin sedekahkan kepada keluarga dan mereka yang sudah tiada. Kalau saya rasa susah nak tidur, saya buka Al-Quran dan berzikir. Ayat-ayat suci membuatkan saya tenang dan tenteram”

“Secara jujurnya saya pun masih lagi belajar tentang agama dan doakanlah supaya saya menjadi manusia yang lebih baik selepas ini,” kongsinya mengenai dirinya yang ramai tidak tahu. (rtky/w)