fbpx

Zizi Kirana Nak Berduet Dengan Suami

Hampir lima bulan bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, penyanyi rap Zizi Kirana berkata dia baru mengeahui suaminya itu mempunyai bakat terpendam serta vokal yang agak baik.

Zizi berkata dia menyimpan hasrat untuk berduet dengan suaminya suara hari nanti. Malah, Zizi berkata syaminya sering berkaraoke di rumah.

BACA: Zizi Kirana Muncul Dengan Lagu Rap Versi Muslimah, Gerak Tari Tak Selincah Dulu

“Di rumah kami memang mempunyai set karaoke untuk saya mengasah suara atau melepaskan gian selepas lama tidak mengadakan persembahan secara langsung.

“Tapi hakikatnya macam suami yang selalu berkaraoke pelbagai jenis dendangan terutama lagu popular daripada band dalam dan luar negara. Saya selalunya pandang dari jauh saja sebab rasa seronok tengok dia bersungguh-sungguh menyanyi. Dia ada suara. Mungkin siapa tahu satu hari nanti kami dapat berduet.

“Cuma saya belum lagi buka mulut pasal idea ini. Kalau nak ke arah itu pun mungkin ambil masa sebab genre muzik kami berbeza,” katanya.

Ditanya mengenai single terbarunya berjudul Pijak, Zizi berkata sepatutnya Yusuf turut muncul dalam video muzik tersebut namun belum rezeki untuk muncul berdua.

“Memang patut suami saya tampil dalam MV Pijak ini tetapi bukan rezeki kami untuk muncul berdua. Apa pun selepas kerja penggambaran MV bermula, dia sempat menemani saya.

“Rasa lebih bersemangat apabila suami teman. Dia pun jenis yang bagi kebebasan untuk saya berkarya tetapi sebagai isteri tentu saja saya perlu pandai menjaga batas.

“Yusuf juga antara insan terdekat yang sentiasa berikan semangat terutama ketika saya risau berdepan dengan penerimaan ramai terhadap lagu Pijak,” katanya.