fbpx

Zizi Kirana Terima Mesej Budak Bawah Umur Ajak Buat Maksiat

Bukan pertama kali berdepan perkara ini, penyanyi Zizi Kirana berkata dia masih lagi diganggu mesej nakal di Instagram. Zizi berkata meskipun sudah diberi amaran namun golongan lelaki miang ini seolah tidak serik menghantar mesej lucah.

Lebih mengejutkan, Zizi berkata dia turut menerima mesej daripada seorang budah bawah umur yang mengajaknya melakukan hubungan seks. Bagaimanapun, Zizi mengambil pendekatan dengan memberikan nasihat kepada budak tersebut.

BACA: Zizi Kirana Minta Doakan Bertemu Jodoh Dengan Ustaz

“Ikutkan hati memang nak marah, tetapi saya lebih suka menggunakan pendekatan berdiplomasi dengan menasihatkannya supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

“Tiada guna marah-marah, kena cari pendekatan lain untuk menasihat budak bawah umur,” katanya kepada BH Online.

Tampil berhijab sepanjang Ramadan lalu, namun ramai yang kurang senang dengan tindakannya yang membuka semula tudung dan kembali dengan imej seksi. Zizi menjelaskan dia bertudung bagi menghormati bulan Ramadan dan bukanlah kekal

“Saya sendiri tak faham kenapa netizen perlu nak memperbesarkan soal ini kerana saya sudah menjelaskan perkara itu sejak awal lagi. Saya faham ramai yang suka melihat saya berhijab.

“Apa yang boleh saya katakan, doa sahaja yang baik-baik. Jika ikutkan, saya malas nak layan komen negatif, tetapi apabila ada yang melampaui sampai menggunakan bahasa kesat, saya terpaksa mempertahankan diri.

“Memanglah teguran dibuat sebagai tanda sayang, tetapi jika sampai tahap guna perkataan kesat dan menyakitkan hati, itu memang saya tak boleh terima,” katanya.

Dalam pada itu, Zizi turut mempersoalkan adakah gambar yang dimuat naik terlalu seksi kerana baginya biasa-biasa sahaja dan dia selesa dengan penampilan sedemikian. Zizi turut menasihati netizen agar tidak menghukum seseorang itu berdasarkan cara pamakaian.

“Bagi saya, biasa sahaja. Lagipun semua orang tahu saya selesa dengan penampilan sebegitu.

“Janganlah cepat menghukum orang hanya berdasarkan pakaian. Setiap orang pasti ada sisi baik dalam kehidupannya. Sama seperti orang lain, saya juga mempunya impian untuk ke arah yang lebih baik,” katanya.