fbpx

“Lama Lagi Rasanya Untuk Saya Kahwin”

Biarpun berusia awal 34 tahun, Zizi Kirana tidak merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat. Menurut Zizi, sebolehnya beliau mahu menumpukan perhatian dalam kerjayanya.

BACA: “Terima Kasih Doakan Saya Bertudung Tapi …”

“Saya kini sibuk dengan karier nyanyian, tidak lama lagi saya akan menceburi bidang perniagaan. Sudah tentu kesibukan saya akan bertambah. Bila sudah sibuk, sudah tentu saya akan menumpukan sepenuh perhatian”

“Bercakap tentang perkahwinan, saya seolah-olah sudah nampak masa depan saya, saya rasa lambat lagi nak kahwin,” katanya berseloroh mengenai perancangan masa depan hidupnya.

Penyanyi yang terkenal dengan penampilan seksi itu, sebelum ini ada memuat naik gambarnya memakai hijab. Rata-rata ramai terpukau dengan kecantikan Zizi yang menutup aurat itu yang jarang sekali peminat nampak.

Pastinya ramai yang ingin mengambil Zizi menjadi suri hati mereka, mungkin petik jari saja sudah dapat. Kami doakan Zizi mendapat jodoh segera walaupun sibuk dalam kerjaya. (rtky/w)