fbpx

Zizan Razak Suruh Aliff Syukri Jadi Ketua Kampung Sebelum Masuk Politik

Sejak minggu lalu, perkongsian usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai apabila memuat naik permohonan mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-9.

Meskipun jawatan tersebut sudah pun menjadi milik Dato Sri Ismail Sabri Yaakob, Aliff masih tidak berputus asa untuk memohon jawatan Timbalan Perdana Menteri pula.

BACA: Aliff Syukri Siapkan Diri Bertanding PRU Ke-15

“Tahniah Dato Sri Ismail Sabri Sebagai PM malaysia. Saya redha, maaf rakyat Malaysia permohonan saya ditolak itu hari tapi jawatan TPM masih ada peluang ke untuk saya memohon?” tulisnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat perhatian pelawak Zizan Razak yang turut meninggalkan komen mengenai hasrat usahawan itu yang mahu memegang jawatan TPM pula.

Dalam pada itu, Zizan turut meminta Aliff menjadi ketua kampung terlebih dahulu sebelum terjun ke bidang politik untuk melihat sama ada boleh atau tidak untuk uruskan rakyat.

“Dato jangan sailang position saya sebagai TPM nanti saya tengok dulu yang mana ada kosong untuk dato ok.

“Tapi selepas saya bincang-bincang macam sesuai dato jadi ketua kampung dulu buat sementara. Tengok dato boleh handle ke tak… setuju rakyat semua??” tulisnya.