fbpx

Zizan Razak Akui Sudah Lama Pasang Niat Jadi Suami

Dulu ketika sibuk dilanda kontroversi yang mendakwa dirinya playboy, dia kata mahu kahwin, kemudian tiba-tiba kata tiada calon pula. Itulah kehidupan Zizan Razak yang penuh dengan turun naik dalam percintaan, umpama watak hero dalam sebuah drama Melayu.

BACA: Zizan Razak Nafi Hubungan Bersama Pelakon Janda

Namun dalam masa yang sama, pelakon ini melalui Utusan Online turut menyatakan bahawa dirinya sendiri sudah lama memasang niat untuk menjadi isteri dan memiliki keluarga sendiri. Malah Zizan juga menjelaskan, andai dia tiada jodoh, dia akan meneruskan kehidupan bujang seperti biasa.

“Banyak kali kecewa, saya sendiri tidak tahu, bilakah jodoh akan sampai. Saya berusaha tetapi yang menentukan siapakah jodoh kita, itu kena tunggu lagilah”

“Setakat ini memang belum ada lagi wanita yang betul-betul rapat, biarlah saya beri tumpuan kepada hal lain dulu. Bab kahwin memang saya tidak fikir langsung sekarang. Kalau kahwin pun tak fikir, apatah lagi bab nak menyorokkan perkahwinan saya,” jelasnya.