Zizan Razak Sertai Tauke Dan Yus Untuk Maharaja Lawak Mega 2014
Program hiburan lawak kegemaran ramai ini bakal kembali menemui anda semua bermula pada 14 November depan dan pastinya kini yang menjadi perhatian adalah barisan peserta yang bakal merebut hadiah RM500,000 sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2014.
Barisan pelawak yang akan beraksi di gelanggang MLM 2014 ialah Shiro, Bocey, Nabil dan SYJ manakala Sepahtu menambah seorang lagi anggota iaitu Ilya (Senario).
Pelawak lain yang turut terlibat menggunakan nama kumpulan baharu ialah Virus iaitu Tauke, Yus dan Zizan Razak, Comey (Suhaimi Yusof dan Rophie), Jalor (Along Cham, Rahim dan Joey), Sayot (Zam, Filzah dan One) serta Kepoh (Izu, Pian dan Kamal).
Bercakap kepada media, Yus dan Tauke mengakui mereka menunggu selama dua bulan untuk Zizan Razak memberikan kata putus untuk menyertai mereka di pentas MLM 2014 & memberikan kelainan kepada penonton juga peminat mereka.
“Dua bulan juga tunggu jawapan dari Zizan. Kami gembira kerana Zizan terima tawaran kami. Kami rindukan kehadiran Zizan dalam MLM, sebab itu kami ambil keputusan untuk melamar Zizan. Pada awalnya kami mahu letak nama JambuZ kerana gabungan Jambu dan Zizan tetapi selepas difikirkan semula mengapa tidak kami wujudkan satu kumpulan baru yang lebih fresh”
“Keserasian di antara kami pula memang sudah lama wujud kerana kami dah lama kenal dan agak rapat,” tambah Tauke lagi mengulas gabungan terbaru mereka ini. (rtky/m)
tak sabar tunggu MLM 2014 bermula pada bulan November….
Mcmner plak zizan bole team ngan jambu….x syok la… Knp bkn ngan johan..klo ngan johan ada umph…
ala johan x perlu bergabung dgn zizan pun..johan dah ckup lawak malah lebih bagus dr zizan
for me x salah klo kita nak tgok sa tu pembaharuan…bg saya zizan bgabung ke ngan solo ke….dia nyew perform masih lawak beb…egat agy maharaja lawak dulu dia perform sorang2x tanpa johan…org still gelak beb….kita tgok dulu virus ni mnjadi ke x…klo x bez…alamatnya kna pasang anti-virus lew gamaknyew.hahahahhaa
kmi nak MLM minggu hadapan akan bersiaran lansung juga kat astro primao(???)