fbpx

Zizan Razak: Semua Itu Gurauan Semata

Zizan Razak: Semua Itu Gurauan SemataHujung minggu lalu, kecoh juga dunia hiburan tempatan apabila Zizan Razak di’khabarkan bermanja dengan Nora Danish di Twitter dengan panggilan papa mama.

Bertemu Zizan Raja Lawak di sidang media Anugerah Bintang Popular ke 26 semalam, bintang filem Hantu Kapcai ini hanya mampu ketawa apabila di’ajukan soalan berkaitan.

“Semua itu hanya gurauan semata mata — saya & Nora Danish tiada hubungan istimewa,” jawab Zizan Razak ringkas selain mengakui selesa berkawan dengan aktress itu.

“Saya selesa berjumpa dengan dia dalam mana mana majlis pun kerana dia kelakar seperti saya juga selain setakat ini saya tidak punyai sebarang perasaan terhadap Nora Danish”

Dengan itu, Zizan Razak juga berharap para peminat tidak menyalah anggap & berspekulasi yang bukan bukan terhadap hubungan kerja beliau bersama Nora Danish. Okay, baik!