Zizan Razak Nafi Dakwaan Zizan Mart Ditutup Sepenuhnya
Khabar angin yang mengatakan bahawa Kedai serbaneka ‘Zizan Mart ‘milik pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak yang dibuka pada tahun lepas di Kelantan ditutup sepenuhnya telah dinafikan sendiri oleh Zizan, kerana katanya kedai tersebut hanyalah ditutup buat sementara waktu sahaja.
BACA: Zizan Razak Akui Sudah Lama Pasang Niat Jadi Suami
“Zizan Mart hanya tutup buat sementara waktu sahaja. Bila dibuka semula saya tidak pasti lagi, lagipun tidak sampai sebulan lagi kedai Itu ditutup. Ada perkara yang mereka mahu uruskan dan itu lebih kepada bahagian pengurusan. Mereka mahu berbincang, atas urusan apa saya tidak boleh jelaskan di sini,” katanya yang ditemui di Majlis Pra Kemuncak ABPBH 29.
Dalam pada itu, Zizan yang baru menyambut ulangtahunnya yang ke-32 tahun memberitahu mahu lebih fokus dan memperbaiki akan kerjaya seninya. Bagaimanapun untuk ke fasa perkahwinan dia belum memikirkannya lagi.
“Kahwin belum lagi, lebih baik saya memberi perhatian kepada apa yang ada di depan mata terlebih dahulu. Kahwin hold dulu lah,” ujarnya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran ‘Bikers Kental 2’ di Phuket.
Sementara itu, Zizan turut terpilih menjadi hos untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH29) bergandingan bersama AG, Haiza serta pelakon yang sedang meningkat naik, Mira Filzah. (rkty/h)
tutup teroslah tu… nk bukak balik pon xde tarikhnya .
Bukan senang nak buat bisnes, lagi2 kalau kena sewa kedai. Dah pernah buat dan merasa untung ruginya. Kalau kita sendiri tak duduk kedai dan harapkan pekerja je, mcmana kita nak tau ape masalah dlm kedai? Benda2 melibatkan duit ni tuan punya badan sndiri kena handle, jgn harapkan staff walaupun staff bagus. zizan bape kali balik kelantan nak uruskan kedai? But anyway kita tak tahu apa mslh diorg kan. Good luck Zizan. Hrp kedai awk buka semula dan sukses.
kelantan?…. eeeeee negeri plg banyak pelacor… mcm uqanda senroserok ,…. mak dia pun tuttttttt
zizan nampak kini berisi sikit… bagus itu. Apa kata zizan berkawan baik dgn mira filzah pulak??
Ey ereen negeri ko pling bnyak apa plk bosia belen..sedap mulot ko ckp org.. mak dia mak dia..mak ko apa plk…eh minah ney..sengal
pehal ? ko pun bicth ke?….. stupid
seriusss…… kami benci org klate…. mulut busukkk makan budu
Inilah bisnes… http://www.gerobokbuku.com/
zizang..zizang.. kalo dulu ko pilih nak kawin dgn aku berbnding emma kembung mesti skrg kite dah ade anak yg comel2..