fbpx

Zizan Razak Merancang Akhiri Zaman Bujang Tahun Depan

Pelawak, pelakon dan penyanyi popular Zizan Razak sebelum ini pernah dikaitkan dengan ramai wanita dikalangan artis tempatan dengan pelbagai gosip yang dilemparkan padanya. Sehingga kini, ternyata masih belum ada hubungan yang begitu serius terjadi antara mereka semua.

Walaubagaimana pun, Zizan berharap agar dia dipertemukan jodoh dan berkahwin di usianya yang bakal mencecah 30 tahun pada tahun hadapan.

“Siapa tak nak berkahwin, saya hendak berkahwin tetapi belum ada jodoh yang sesuai. Sekarang ini masih dalam proses mencari & mengenal hati budi. Saya pun ada target, iaitu sekiranya sudah mencapai umur 30 tahun, saya hendak berkahwin,” ujarnya semalam.

Sementara itu, Zizan Razak akan membawakan watak sebagai Zizang dalam Oh My Ganu! yang akan disiarkan pada 27 November ini. Menurutnya berlakon dalam telemovie ini boleh tingkatkan penguasaanya dalam bahasa Inggeris dan ini memberikan ia suatu pengalaman yang berbeza.

“Alhamdulillah apabila diberikan tawaran untuk saya berlakon dalam telemovie ini saya begitu teruja dan seronok kerana ia merupakan pengalaman yang berbeza kerana telemovie ini mengajar saya untuk berbahasa inggeris walaupun tidaklah sebegitu fasih dan saya dapat tingkatkan lagi penguasaan bahasa antarabangsa itu,” ujarnya mengakhiri perbualan. (rtky/hfz)