Zizan Razak Mahu Dijodohkan Dengan Wanita Solehah
Baru saja menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-35, Zizan Razak meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah dan berdoa agar sentiasa dimurahkan rezeki.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Zizan mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapanya serta ahli keluarganya. Zizan turut berterima kasih buat peminatnya yang selama ini memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam kerjaya seninya.
BACA: Zizan Razak Nafi Bakal Kahwin Tahun Ini
Namun apa yang menjadi perhatian ialah harapannya untuk menamatkan zaman bujang dan mahu dipermudahkan dengan seorang isteri yang baik dan solehah.
“Sure mesti ada doa supaya dipermudahkan jodoh dan mendapat isteri yang baik dan solehah,” katanya.
Selamat hari lahir diucapkan kepada Zizan Razak. Semoga tahun ini lebih hebat dan cemerlang serta segalanya akan dipermudahkan.
- SUMBER
- Astro Awani
Emma maembong solehah
Hahaha ini paling kelakar
Akhirnya lelaki yg untung, bila kawen pilih yg baik2. Perempuan yg rugi, berkepit sana sini tapi tak kahwin 2. Semoga keturunan kita dipelihara oleh Allah dan di jauhkan dari perkara yang tidak elok….
nk isteri solehah lelaki kena soleh dulu utk jd pembimbing.jaga pergaulan….jangan sentuh yg haram walau berlakon….sesuaila dapat wanita yg solehah yg jaga diri dan agama.tak gituewwww .
Hahaha ini paling kelakar