Baru- baru ini pelakon Zizan Razak telah memuat naik kapsyen dengan pertanyaan ‘nak berkahwin tahun ini ke tahun depan’ telah mengundang spekulasi dan pertanyaan di kalangan netizen serta peminat-peminatnya.

Bagaimanapun, pelakon ini memberitahu dia tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat ini.


“Saya bukan kata nak kahwin, tapi saya nak semua benda itu, berjalan dengan tenang, jangan ada paksaan. Kalau memang jodoh ia akan jadi sendiri. Saya tidak terlalu banyak cabaran untuk dihadapi.

“Lagipun saya belum mempunyai perancangan untuk berkahwin, status di Instagram itu hanyalah sekadar gurauan. Buat masa ini tiada yang istimewa, saya berkawan dengan semua orang,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Filem Bikers Kental 2.

Zizan sebelum ini juga pernah dikaitkan dengan pelakon Mira Filzah, namun kedua-dua pelakon ini tidak pernah membuat kenyataan mengenai hubungan tersebut. (rtky/h)