Zizan Razak Mahu Cari Wanita Bertudung, Boleh Mengacara
Usia sudah menginjak 35 tahun, sudah pasti Zizan Razak sering diajukan soalan tentang jodoh dan ramai tertanya-tanya bilakah pelawak itu akan menamatkan zaman bujangnya. Bagaimanaapun, setiap kali ditanyakan, Zizan pasti akan cuba mengelak untuk berbicara mengenainya.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Zizan menjadikan pembaca berita TV3, Hawa Rizwana sebagai ‘sasaran’ yang secara kebetulan berada di situ untuk menemubualnya.
BACA: Zizan Razak Minta Ibu Carikan Jodoh
Dalam pada itu, Zizan mengakui sudah tentu dia memikirkan soal kahwin dan mahukan wanita bertudung serta calon isterinya itu seorang yang boleh mengacara.
“Kenapa pandang dia (Hawa) apabila tanya soalan tentang jodoh? Anda rasa dia sesuai?
“Tipulah kalau tak terfikir soal kahwin, kalau boleh saya nak seorang wanita yang bertudung dan boleh bercakap serta mengacara,” kata Zizan sambil beberapa kali memandang ke arah Hawa.
Nampaknya, wanita yang boleh menawan hati Zizan dikalangan selebriti atau personaliti tv jugalah jawabnya. Apa pun semoga Zizan cepat bertemu jodoh.
- SUMBER
- mStar Online
Mane pegi jeslina hshim, Juliana banos,Ila sabry, Izzla, Azie, Fadilah sarip, abot, rohana jalil, syazliana, ety farhana, Anis suraya, Raja ema, Elfiza, naufara yasin, saidatul erma, shahira, umie Aida, Rayna hairina , haizi Rani, tilu, Shikin , ani mayuni, anita Sarawak, deja moss, anneessa, nas Adilla, azie, zahnita, waheeda wassini… Emm simpan utk thn2 akan dtg..
saidatul erma ada je.. but dia dh xnk aktif dlm dunia hiburan… letih katanya, mcm2 hal dlm industri… ;)
semua tu dh bercucu, ada upah anak bgi duit, x pyhlah nk naik pentas lagi.., tpi ada juga yg x bercucu, habiskan hari tua, bgi chance ke org lain pulak yg baru nak up..
Dah brp tahun Zizan menang pelakon komedi paling popular berturut2 di Abpbh?! Ia satu pencapaian yg agak luarbiasa jugak.
Wahhhhhh zizang nak hajah lopak …. neang lah itu kelantan dan trengganu.
Zizan + Neelofa ? Sooo sweeeeet. Till Jannah. I sokong.
Hahaha zizan zizan semua nak try. buat apa nak pening zizan. jodoh lambat dan cepat jer..
Jejaka perasan ingat dia kaya semua wanita suka kat dia
Jejaka perasan ingat dia kaya semua wanita suka kat di