fbpx

Zizan Razak Minta Ibu Carikan Jodoh

Mungkin serik dengan kegagalan hubungan terdahulu, Zizan Razak mahu ibunya pula mencari calon bakal isteri buatnya. Namun jelas Zizan, pun begitu, beliau tetap ingin berkenalan dahulu untuk mencari keserasian.

BACA: Zizan Razak Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Bella Astillah

“Saya memang berhasrat untuk meminta ibu yang carikan jodoh bila sampai masanya nanti. Walaupun ibu yang carikan jodoh tetapi saya mahu berkenalan dulu dengan wanita itu sama ada sesuai atau tidak untuk dijadikan calon isteri”

Bercakap pula mengenai kriteria wanita yang disukai, Zizan memberitahu beliau tidak memilih dan tidak kisah andai wanita itu merupakan dikalangan artis atau tidak, juga seorang wanita berhijab atau sebaliknya.

“Saya bukannya baik sangat tetapi pastinya mahu mencari wanita yang baik. Jika ada jodoh, saya juga mahu berikan yang terbaik untuk beliau. Saya sudah berusaha untuk bercinta dan berkahwin tetapi tidak kesampaian dulu”

“Saya juga sudah bergelar solo selama empat tahun tanpa kekasih. Saya percaya setiap kejadian yang berlaku ini semuanya dengan izin Allah dan reda dengan ketentuan-Nya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Bak kata orang-orang tua lebih berkat jika jodoh itu dicarikan oleh ibu bapa kerana pilihan mereka pastinya yang sempurna. Apa lagi gadis-gadis diluar sana sudah boleh mengambil hati ibu Zizan! (rtky/w)