fbpx

Zizan Razak Jawab Dakwaan Bercinta Dengan Bella Astillah

Gara-gara muncul kelibat Bella Astillah di majlis sambutan hari jadi ibu Zizan Razak, netizen mula membuat spekulasi mengenai hubungan mereka. Bagaimanapun kata Zizan kehadiran Bella dimajlis itu hanyalah kebetulan.

BACA: Zizan Razak Mahu Dijodohkan Dengan Wanita Solehah

Menurut Zizan, kehadiran Bella di majlis ibunya baru-baru ini tidak dirancang dan semua yang berlaku hanya kebetulan pelakon wanita itu berada berdekatan di lokasi majlis sambutan hari jadi itu dilakukan.

“Kebetulan pada malam saya nak buat kejutan itu, Bella ada hubungi untuk bertanyakan tentang telefilem kami. Masa dia hubungi, saya ada tanya dia ada dimana dan dia berdekatan dengan lokasi saya nak buat majlis ibu”

“Dia tanya saya nak ke mana, saya cakaplah nak pergi sambut hari jadi ibu. Alang-alang itu saya ajak dan dia pun datang. Saya jenis kalau bercinta tak akan tayang wanita itu tapi kalau saya tidak bercinta memang selamba letak di laman sosial,” katanya kepada m Star Online.

Sebelum ini Zizan berkongsi video majlis sambutan berkenaan, dan rata-rata peminat terkejut dengan kehadiran bekas isteri Aliff Aziz di majlis itu juga. Kalau betul sekali pun apa salahnya, macam sesuai saja! (rtky/w)

View this post on Instagram

Ratu hidupku selamat hari lahir buat mu

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on