fbpx

Zizan Razak Doakan Emma & Kamal Bahagia

Ketika peminat sedang sibuk memperkatakan tentang hubungan cinta antara Emma Maembong dan juga Kamal Adli (walaupun masing-masing masih belum bersedia untuk menjelaskan hubungan) Zizan Razak selaku bekas kekasih Emma mendoakan agar pasangan tersebut bahagia sehingga ke anak cucu.

BACA: Zizan Razak Nafi Berada Di Ambang Kejatuhan

“Mungkin itu yang lebih baik untuk dia, saya doakan dia dan juga Kamal bahagia sampai ke anak cucu. Saya dah Kamal tidak ada apa-apa masalah,” jelas Zizan kepada program Melodi baru-baru ini sambil menyatakan apa yang dihadapainya ketika ini adalah dugaan daripada Tuhan.

Selain itu dalam masa yang sama, Zizan juga menafikan dakwaan bahawa dia kini digugurkan daripada menjadi duta produk akibat reputasi dan juga kontroversi berpanjangan yang melandanya sebelum ini.

“Perkara ini mudah saja. Ini macam ujian untuk saya. Allah nak tengok, masa susah ingat dia tak, masa senang ingat dia tak. Buat masa sekarang, semuanya berjalan lancar dan ketika ini terima banyak lagi tawaran”

“Saya mencuba sahaja. Alhamdulillah syukur, semua okay,” jelas pelakon dan pelawak ini lagi. Apa pun, semoga Zizan sentiasa sukses dalam mengharungi dugaan yang mendatang. Bak kata Zizan di Instagram – tak perlu berlumba kalau nak berjaya, just humble. (rtky/s)