Zizan Razak Dipuji Selamatkan Pemandu Tertidur Dalam Kereta
Baru-baru menerusi Instagram, Zizan Razak berkongsikan detik cemas dimana dia dan orang awam membantu melamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit di dalam kereta BMW di satu persimpangan jalan raya di Georgetown, Pulau Pinang.
Orang ramai bertindak menggoncang kereta tersebut untuk mengejutkan pemandu berkenaan kerana kereta berada dalam keadaan bahaya serta mengganggu lalu lintas. Malah, tidur di dalam kereta dengan penyaman udara dihidupkan boleh menyebabkan kematian.
BACA: Zizan Razak Mahu Cari Wanita Bertudung, Boleh Mengacara
Bagaimanapun, usaha Zizan dan orang ramai tidak membuahkan hasil sehingga mereka terpaksa mengambil keputusan untuk memecahkan cermin sisi belakang.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dimana rata-rata netizen memuji sikap prihatin yang ditunjukkan oleh Zizan yang sudi membantu serta tidak mengira bangsa seseorang itu.
Menerusi entri itu, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu di atas kerjasama yang luar biasa.
Micro sleep ke mega sleep ni. Tgh jln driving boleh tertidur. Mujur xde kemalangan jiwa. Good job azizan
Pergh bmw .masakla tukar cermin.nk buat camno