“Saya tak nak komen apa-apa. Saya tak selesa lagi memberi kenyataan. Beri saya ruang sekejap,” kata Zizan Razak apabila disoal mengenai status percintaanya bersama Emma Maembong ketika ini, yang telah disahkan sendiri oleh pihak perempuan sudah berakhir.

Turut bakal berhadapan dengan perbicaraan berkaitan tuntutan RM500,000 oleh bekas pengurus yang juga rakan kongsi perniagaan nanti, Zizan Razak menganggap perkara yang berlaku tersebut mempunyai hikmah di sebaliknya.


BACA: Emma Maembong Sahkan Sudah Putus Cinta Dengan Zizan Razak

“Saya percaya semua ini terjadi ada hikmah. Apa yang baik atau sebaliknya semua kehendak-Nya. Yang buruk itu datangnya daripada saya dan baik itu daripada-Nya. Kita manusia harus kuat melaluinya. Apa-apa saya akan beritahu kemudian,” katanya lagi yang dipetik daripada Berita Harian. (rtky/syfq)