Selepas berminggu bermain teka teki dengan peminat dan menafikan segala khabar angin yang tersebar luas melalui media, akhirnya empunya badan memberi kata pengesahan yang mereka kini sudah tidak bersama atau dalam kata lain putus cinta.

Semalam, ramai mula bertanyakan tentang kesahihan khabar yang mengatakan Emma Maembong telah meminta supaya hubungan cinta dengan Zizan Razak diputuskan lebih lebih lagi apabila memuatnaik status di laman sosial bersama lagu putus cinta.


BACA: Bercuti Bawa Diri, Emma Maembong Minta Putus Dari Zizan Razak?

Melalui laporan Harian Metro hari ini Emma Maembong sendiri mengakui yang hubungan cintanya bersama Zizan Razak kini sudah berakhir namun enggan membuka mulut untuk bercerita lanjut lebih lebih lagi tentang apakah punca perpisahan mereka.

“Betul. Mungkin (sudah) tak ada jodoh (antara kami) agaknya. Minta maaflah saya belum bersedia bercerita. Bukan sekarang, tapi nantilah saya cerita (bila tiba masa sesuai). Terima kasih sebab faham,” ujar Emma Maembong menerusi aplikasi pesanan Whatsapp.



Zizan Razak bagaimana pun sehingga kini belum berikan apa apa komen berkaitan perkembangan terbaru ini dan pastinya banyak cerita yang ditunggu oleh para peminat mereka. (rtky/m)