Zizan Razak Akui ‘Perfectionist’, Cerewet Pilih Calon Isteri
Pelawak Zizan Razak mengakui sikap mementingkan kesempurnaan baik dari segi personaliti mahupun dalam kerjaya menjadi punca dirinya belum bertemu jodoh.
Memetik Kosmo, Zizan berkata dirinya seorang yang cerewet dan kerjayanya sebagai anak seni menjadikan dirinya individu sensitif sehingga memilih termasuk dalam soal memilih calon isteri.
BACA: Hawa Rizwana Anggap Zizan Razak Macam Abang
“Sebenarnya saya cerewet dan ‘perfectionist’. Kadang-kadang orangnya apabila jumpa di luar (wanita) cantik, tetapi apabila melihat cara bercakap, kasar sikit saya pun, alamak macam mana ni,” katanya.
Sementara itu, Zizan berkata dia juga bimbang untuk melalui alam rumah tangga apatah lagi rutin kerjanya yang tidak menentu.
“Kerja saya pun satu hal lain. Pelawak majoritinya sensitif dan bukan semua orang faham. Saya balik lewat pagi, dengan ibu pun kami kadangkala seminggu tak jumpa.
“Jadi siapakah bakal isteri saya yang boleh tunggu begini. Mungkin seminggu dua dia kata okey tapi kalau bertahun begitu, bolehkah dia terima.
“Sejujurnya saya banyak fikirkan orang, bukan mahu si dia sahaja yang sempurna, tetapi saya juga inginkan kesempurnaan untuknya,” katanya.
Dalam pada itu, Zizan mendedahkan dia pernah meminta ibunya untuk mencarikan calon isteri serta berharap wanita itu dapat menerima sikapnya seorang yang serius.
“Dalam televisyen saya memang kelakar, tetapi di belakang saya adalah lelaki yang sangat serius. Orang tidak tahu perkara itu, sebab itu saya kata pelawak ini bukan orang gila.
“Saya takut bakal isteri beri tanggapan berbeza. Seseorang itu perlu terima saya bukan sebagai pelawak. Jadi seeloknya sekarang saya fokus dahulu terhadap kerjaya,” katanya.
- SUMBER
- kosmo
Who cares? Acting as if u r so popular demand heyyy bugger who do you think you are? u r just like sitongong yg all of sudden became popular and get culture shock! Get lost! Menyemak aje ! Perasan bagus!
kau sorang je yang kisah dalam ni kak
ALAHAIIII ALASAN BILA TAK DE BETINA NAK KAT KAU.
DIA SEMBANG KATA DIA PWERFECTIONIST NAK CARI BINI PDHAL TU SEMUA AYAT COVER DIRI TU BURUK TAK HANDSOMSE SEBAB TU TAK LAKUUUU.
KAU PUN BURUK SEMBANG TAKYAH NAK PERFECT SGT LAA
Aku rasa Zizan kena pawos ( pause ) dulu