Hawa Rizwana Anggap Zizan Razak Macam Abang
Bergandingan dalam drama berjudul Raya, ada yang mengusik pelakon dan pengacara, Hawa Rizwana mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Zizan Razak.
Memetik Kosmo, Hawa bagaimanapun menganggap gosip tersebut sebagai lumrah dalam dunia hiburan serta menegaskan hubungan mereka seperti abang dan adik.
BACA: Pakai Seluar Ketat, Hawa Rizwana Mohon Maaf
“Boleh dikatakan kami sudah lama berkawan iaitu sejak saya jadi wartawan penyiaran lagi kerana pernah menemu bual dia sebelum ini.
“Kami tiada apa-apa (hubungan) pun, tak lebih daripada rakan. Saya anggap Zizan macam abang dan senior dalam industri seni,” katanya.
Menurut Hawa lagi, sikap Zizan yang kuat mengusik sekaligus membuatkan ramai yang salah sangka sehingga timbulnya spekulasi mereka mempunyai hubungan.
“Kebelakangan ini pula kami kerap dilihat bersama kerana terbabit dalam telefilem sempena Aidilfitri bawah arahan Michael Ang.
“Zizan jenis kuat mengusik dan suka kongsi gambar ketika penggambaran dalam media sosial. Mungkin dari situ orang salah sangka,” katanya.
Difahamkan, Hawa membawakan watak sebagai isteri kepada Zizan dalam sebuah telefilem raya yang bakal menemui penonton tidak lama lagi.
- SUMBER
- Kosmo
Sian zizang asyik kena frenzone jek memanjang!
Pakai telekung…tapi tangkap gambar melekat dengan jantan! Ni bukan perempuan tapi betina..
up satu level, brotherzone
Kita patut hasilkan terma baru bila dah terlalu banyak kene friendzone. Kita namakan ZIZONE. ” Bro, dah berapa kali ni kau kene zizone”.