fbpx

Zizan Razak Akui Menyesal Beli Kereta Ferrari

Pelakon dan pelawak Zizan Razak mendedahkan dia mengakui menyesal kerana membeli kereta mewah Ferrari pada usia muda.

Zizan berkata apa yang lebih penting adalah untuk memiliki aset hartanah terlebih dahulu dan itu antara perkara paling bagus.

BACA: Kongsi Gambar Cincin, Zizan Razak Nak Kahwin?

“Ada sesetengah orang datang kepada saya (minta pendapat) sama ada nak beli GT-R atau Mustang, saya jawab ‘no’.

“Nasihat saya tak payah beli namun pada masa sama, kalau ikut (kemampuan) dia, tak adil kalau dia tak beli sebab itu mungkin target atau impian. Mungkin bagus mungkin tidak. Bagi saya, tak bagus untuk masa depan seseorang.

“Beli rumah, that’s like the best thing ever (Itu benda paling bagus),” katanya.

Terdahulu pada tahun 2015, Zizan dilaporkan telah membeli sebuah kereta mewah Ferrari model F430 berwarna kuning dianggarkan berharga RM1.5 juta selepas sahabatnya, Tauke berkongsi sekeping foto di Instagram.